SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa itu Takaful?

Takaful ialah sistem perlindungan berasaskan prinsip Syariah di mana peserta saling membantu melalui sumbangan bersama untuk menghadapi risiko.

Apakah jenis perlindungan yang ditawarkan?

Kami menawarkan pelbagai perlindungan termasuk Motor, Kesihatan, Kemalangan Diri, Rumah, Perjalanan serta perlindungan untuk perniagaan dan korporat.

Bagaimana cara mendapatkan sebut harga?

Anda hanya perlu tekan butang di laman web atau hubungi kami secara call atau whataspp, dan kami akan sediakan cadangan pelan yang sesuai dengan keperluan anda.

Berapa lama proses permohonan?

Kebiasaannya proses adalah cepat, terutama untuk Motor Takaful. Untuk pelan lain, tempoh bergantung kepada jenis perlindungan dan semakan yang diperlukan.

Adakah saya boleh buat tuntutan secara online?

Ya. Tuntutan boleh dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen berkaitan, dan status tuntutan boleh dipantau.

Apa yang perlu saya lakukan jika berlaku kemalangan?

Pastikan keselamatan terlebih dahulu, buat laporan polis (jika perlu), dan hubungi kami untuk panduan tuntutan serta langkah seterusnya.

Siapa yang sesuai mengambil perlindungan ini?

Perlindungan Takaful sesuai untuk individu, keluarga, usahawan, PKS dan organisasi korporat yang ingin mengurus risiko dengan lebih baik.

Bagaimana saya boleh mendapatkan bantuan atau khidmat nasihat?

Anda boleh menghubungi kami melalui telefon, WhatsApp, emel atau borang di website untuk mendapatkan bantuan dengan segera.